Tuesday, February 24, 2009

Tanda-tanda halangan minda menyekat bakat terpendam

TANDA PERTAMA
Sudahkah difikirkan perkataan-perkataan dan ayat yang biasa anda sebut setiap hari? Perkataan-perkataan seperti 'susah sangat', 'tak bolehlah..' dan 'tak tahu ni...' kesemuanya adalah gambaran kepada halangan minda yang sedang menyekat potensi sebenar dan bakat kita yang selama ini terpendam.
Banyak ketikanya, orang yang mempunyai banyak halangan minda tidak menyebut perkataan susah atau tidak boleh. Tetapi……… ya…. tetapi……. mereka banyak menggunakan perkataan ‘TETAPI“.
“Boleh tak awak skor A?” “Boleh….. tapi…..susah sikit la…. tahun ni kementerian pelajaran nak kurangkan orang dapat gred A”.
“Kami nak lantik awak jadi presiden, setuju tak?” “Hmmm… jadi presiden tu tak ada masalah….. tapi….bagi la peluang pada orang lain…lagi pun saya sibuk sekarang ni….”
“Bila awak nak tulis buku?” “Memang nak tulis…tapi…. ekonomi sekarang tak berapa bagus..orang tak nak beli buku sangat sebenarnya…. jadi kena tunggu la ekonomi elok sikit, baru bagus tulis buku.”
Alasan memang mudah dicari. Semakin banyak alasan yang kita temui, semakin jauh bakat dan kebolehan sebenar kita terpendam dan tersorok di dalam diri. Apa yang membimbangkan ialah setiap kali kita ulang perkataan-perkataan halangan minda, semakin kuat kita percaya kepada apa yang kita katakan. Akibatnya, satu hari nanti bakat-bakat dan kebolehan yang terpendam itu semua mungkin tidak akan keluar lagi hingga ke akhir hayat. Alangkah ruginya…..
Dapatkah anda mula rasakan apakah bakat yang terpendam dalam diri jika anda berhenti menyebut perkataan-perkataan susah dan tak boleh?
TANDA KEDUA
Tanda kedua halangan minda mungkin sedang menyekat bakat terpendam anda ialah apabila anda ‘lebih suka mengenang kegagalan yang lalu’.
Banyak perkara yang boleh memenuhi fikiran anda. Anda boleh fikirkan tentang apa yang berlaku sekarang, pada masa lepas atau apa yang bakal berlaku suatu hari nanti. Namun, jika fikiran anda disekat oleh halangan minda, anda akan sentiasa terkenangkan kegagalan anda di masa lepas.
Anda perlu ingat, kegagalan di masa lepas bukanlah petanda kepada kebolehan diri anda. Ia cuma menunjukkan ada sesuatu yang anda lakukan di masa lepas tidak betul dan tidak kena caranya. Mungkin dulu anda tidak pernah tahu tentang teknik belajar berkesan. Mungkin dulu anda tidak ada pembimbing. Apa yang bahayanya di sini ialah, disebabkan anda asyik terkenangkan kegagalan lepas, anda jadi takut, bimbang dan mungkin buat keputusan untuk menangguhkan usaha menyambung pelajaran.
Cuba tanya diri anda hari ini. Jika anda mahu lakukan sesuatu yang baru hari ini, adakah anda akan terlebih dahulu mengenang kegagalan di masa lepas atau anda akan kenang dahulu kejayaan di masa lepas?

TANDA KETIGA
Tanda ketiga halangan minda sedang menyekat bakat terpendam di dalam diri ialah apabila kita ‘mudah terima’ pendapat orang lain tentang kebolehan diri sendiri.
Sebagai contohnya, katakan anda mahu memasuki catur. Kemudian anda ceritakan kepada beberapa orang kawan. Salah seorang kawan anda itu berkata, “Kau boleh ke main catur? Aku tengok cara kau main tak berapa cekap sangat, banyak lagi kelemahan. Kena ada bakat kalau nak menang main catur ni.”
Akibatnya, anda mula terima pandangan tersebut. Anda terima idea yang mengatakan bahawa anda tidak ada bakat. Padahal anda berbakat. Akhirnya, anda mungkin menarik diri daripada menyertai pertandingan tersebut.
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu perkara. Kebanyakan orang di sekeliling kita tidak tahu apa bakat dan kebolehan yang ada di dalam diri kita. Mereka selalunya akan memberi komen dan pendapat berdasarkan bakat dan kebolehan mereka. Jika mereka tidak pandai berucap, mereka juga sangka kita tidak pandai berucap. Jika mereka tidak ada cita-cita, mereka akan rasa pelik yang amat sangat apabila tiba-tiba kita ceritakan tentang cita-cita kita.
Jadi kalau kita terlalu mudah menerima pendapat orang tanpa berfikir sendiri dan mencuba, kita akan kekal dalam keadaan sekarang selama-lamanya. Seingat-ingat saya, seumur hidup ini, sudah terlalu banyak saya dengar kata-kata yang mengatakan saya tidak boleh buat itu dan ini.
TANDA KEEMPAT
Tanda keempat yang perlu kita bincangkan ialah ‘terlalu sayangkan bantal busuk’. Saya percaya anda faham dengan maksud bantal busuk. Kita biasa lihat kanak-kanak kecil yang tidur dengan satu bantal kegemarannya. Bantal itu mungkin sudah lusuh, buruk dan berbau kerana sudah terlalu lama digunakan tetapi kanak-kanak ini masih perlukannya untuk tidur. Malah, bantal ini perlu dibawa oleh ibu bapa ke mana-mana sahaja supaya tidak timbul masalah semasa kanak-kanak ini mahu tidur nanti.
Dalam situasi orang dewasa, kita juga ada bantal busuk kita yang tersendiri. Bantal busuk yang dimaksudkan ialah cara pemikiran dan cara kita melakukan sesuatu. Cara pemikiran dan melakukan sesuatu ini pula ialah cara yang LAMA. Tentu anda pernah lihat seseorang yang langsung tidak mahu berubah. Jika pelajar, mereka masih tidak mahu ubah cara mereka membuat nota. Jadi mereka asyik menggunakan cara menulis nota semasa berada di sekolah rendah atau menengah. Kalau cara itu berkesan tidak mengapa, tetapi jika tidak, mereka masih terlalu sayang untuk meninggalkannya. Jika ini berkesan, pelajar ini tidak akan dapat mencari bakat sebenarnya dalam belajar dan mungkin hadapi kesukaran untuk menjadi pelajar cemerlang.Untuk orang dewasa pula, ramai yang terlalu sayangkan cara lama melakukan sesuatu. Sebagai contoh, jika mereka sudah biasa berucap dengan panjang dan dengan nada yang membosankan, mereka sayangkan cara itu dan langsung tidak mahu berubah. Mereka tidak mahu berubah walaupun dia sedar bahawa lebih separuh pendengar tidur dan tidak mempedulikan ucapannya. Jika ini berterusan, orang dewasa ini tidak akan dapat mengeluarkan bakat sebenarnya dalam menarik perhatian orang ramai untuk mendengar ucapannya.
Akibatnya, bakat terpendamnya untuk mencapai kejayaan yang jauh lebih besar akan terus terpendam selama-lamanya. Hari ini, apa kata kita berfikir bersama-sama sejenak. Adakah kita juga terlalu sayangkan bantal busuk kita? Adakah kita masih memeluk bantal itu sedangkan kita sedar ia tidak cantik dipandang dan tidak sedap baunya di sisi orang-orang disekeliling? Jika ada masa, apa kata kita senaraikan beberapa perkara yang kita lakukan yang masih menggunakan cara lama. Harapannya, jika kita sudah mula sedar bahawa cara lama ini adalah hanya bantal busuk kita, kita mungkin akan timbul keinginan untuk memiliki bantal yang baru, cantik dan wangi pula.

Monday, February 16, 2009

Apakah minat kerjaya anda???

Apakah minat kerjaya anda? Pernahkah anda terfikir tentang jenis pekerjaan yang anda paling minat? Di sini saya temui satu web site yang membolehkan kita untuk menjalankan career test secara free. Jika anda masih ragu-ragu lagi dan tidak pasti apakah jenis pekerjaan yang anda minat, anda boleh melakukan ujian ini. sila cuba ya!!!
(ikut link di bawah ini) ^u^


http://www.questcareer.com/career_assessment_resources.html

Saturday, February 14, 2009

Kem Kepimpinan- Kecermelangan Pemangkin Insan Terbilang, SMK Gedangsa



Leganya selepas berjaya menganjurkan program kepimpinan selama tiga hari di Sekolah Menengah Gedangsa. Sungguh berjayanya program kami ini!! Memang dapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan semasa menjalankan aktiviti kami di sana. Banyak perkara yang telah saya pelajari.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang sama-sama menjayakan program ini. Tanpa sikap berkerjasama dan tolong-menolong, mustahil kami dapat lakukan semua ini!!
Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada guru-guru sekolah tersebut yang sudi datang untuk menolang kami dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada En Aziz yang mengajar kami bagaimana untuk menghasilkan blog dan Mp3. Thank you all!

Wednesday, February 4, 2009

Jom kita main 'Sembilan Titik'

. . .
. . .
. . .


Ini merupakan latihan sembilan titik. Arahannya adalah untuk menyambungkan sembilan titik dengan empat garisan lurus tanpa mengangkat pen anda daripada kertas.
Dapatkah anda melakukannya???
MORAL OF THE STORY
Kebanyakkan kita tidak boleh mengikuti arahan untuk melengkapkan latihan ini dengan jayanya kerana kita asyik memaksa diri untuk menyudahi setiap garisan pada titik.
CARANYA:
Memanjangkan dua garisan melebihi titik yang hujung.

NILAI DISEBALIKNYA...
Hanya satu perkara yang menyekat kita daripada membuat demikian iaitu sekatan yang kita kenakan ke atas diri kita sendiri.


Jawapan:
Lihat di sebelah...

Tuesday, February 3, 2009

Pengurusan diri

I telah pinjam sebuah buku yang cukup bagus dekat perpustakaan UPSI. Buku tu berkiatan dengan pengurusan diri dan tajuknya adalah Pengurusan Diri Untuk Kejayaan. Tebal juga buku ni! Tapi bila baca, tertarik pula kerana ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dalam kehidupan. Buku ini amat sesuai untuk mereka yang menceburi diri dalam bidang khidmat profesional.

Bayangkan anda seorang pemberi khidmat profesional. Anda telah memberikan layanan yang bagus kepada pelanggan anda tetapi syarikat anda tidak menunjukkan tanda-tanda penghargaan dan anda mulai menjadi bosan, tidak bersemangat serta berasa bahawa masa depan anda menjadi kabur. Apa yang anda patut lakukan??? Denis Waitley, dalam Seed of Greatness menulis, “mengambil tanggungjawab bagi diri sendiri…”
1. Mulakan dengan membuat komitmen.

2. Jelaskan komitmen anda dengan bersumpah untuk menggunakan sebanyak mungkin masa dan wang untuk memajukan diri anda.

3. Setiap tahun asingkan sejumlah wang yang mampu untuk melatih diri anda dan kemudian melihat diri anda mendapat balik perbelanjaan latihan tersebut dalam bentuk pendapatan yang bertambah (ini dikatakan sebagai pelaburan dalam diri anda).

Selain itu, untuk menjadi manusia yang berjaya adalah mudah saja iaitu jujur dengan diri anda. Jika anda tidak membuat yang terbaik, akuilah supaya anda boleh membuat perubahan kepada pencapaian anda. Berhati-hati untuk mengelak daripada membandingkan diri anda dengan orang lain. Ia merupakan satu sebab yang menjadikan keyakinan diri semakin lemah dalam diri seseorang. Sebaliknya, bandingkan diri anda dengan apa yang anda ingin jadi dengan potensi yang anda ada.
^u^ ^v^

Tips for Happiness in Daily Life

I found out this article at internet. It's really interesting @ beneficial. So, i would like to share it with u all..

Tips for Happiness in Daily Life
by Remez Sasson

Daily life can be made happier. It is a matter of choice. It is our attitude that makes us feel happy or unhappy. It is true, we meet all kinds of situations during the day, and some of them may not be conductive to happiness. We can choose to keep thinking about the unhappy events, and we can choose to refuse to think about them, and instead, relish the happy moments. All of us constantly go through various situations and circumstances, but we do not have to let them influence our reactions and feelings.

If we let outer events influence our moods, we become their slaves. We lose our freedom. We let our happiness be determined by outer forces. On the other hand, we can free ourselves from outer influences. We can choose to be happy, and we can do a lot to add happiness to our lives.

What is happiness? It is a feeling of inner peace and satisfaction. It is usually experienced when there are no worries, fears or obsessing thoughts, and this usually happens, when we do something we love to do or when we get, win, gain or achieve something that we value. It seems to be the outcome of positive events, but it actually comes from the inside, triggered by outer events.
For most people happiness seems fleeting, because they let changing outer circumstances affect it. One of the best ways to keep it, is by gaining inner peace through daily meditation. As the mind becomes more peaceful, it becomes easier to choose the happiness habit.
Here are a few tips for increasing happiness in daily life:

1) Endeavor to change the way you look at things. Always look at the bright side. The mind may drag you to think about negativity and difficulties. Don't let it. Look at the good and positive side of every situation.

2) Think of solutions, not problems.

3) Listen to relaxing, uplifting music.

4) Watch funny comedies that make you laugh.

5) Each day, devote some time to reading a few pages of an inspiring book or article.

6) Watch your thoughts. Whenever you catch yourself thinking negative thoughts, start thinking of pleasant things.

7) Always look at what you have done and not at what you haven't.Sometimes you may begin the day with the desire to accomplish several objectives. At the end of the day you might feel frustrated and unhappy, because you haven't been able to do all of those things.
Look at what you have done, not at what you have not been able to do. You may have accomplished a lot during the day, and yet you let yourself become frustrated, because of some small things that you did not accomplish. You have spent all day successfully carrying out many plans, and instead of feeling happy and satisfied, you look at what was not accomplished and feel unhappy. It is unfair toward yourself.

8) Each day do something good for yourself. It can be something small, such buying a book, eating something you love, watching you favorite program on TV, going to a movie, or just having a stroll on the beach.

9) Each day do at least one act to make others happy. This can be a kind word, helping your colleagues, stopping your car at the crossroad to let people cross, giving your seat in a bus to someone else, or giving a small present to someone you love. The possibilities are infinite. When you make someone happy, you become happy, and then people try to make you happy.

10) Always expect happiness.

11) Do not envy people who are happy. On the contrary, be happy for their happiness.

12) Associate with happy people, and try to learn from them to be happy. Remember, happiness is contagious.

13) Do your best to stay detached, when things do not proceed as intended and desired. Detachment will help you stay calm and control your moods and reactions. Detachment is not indifference. It is the acceptance of the good and the bad and staying balanced. Detachment has much to do with inner peace, and inner peace is conductive to happiness.

14) Smile more often.

Sunday, February 1, 2009

New Year, New Life Feb 2 (2009-2-1)

Chinese new year past already. So sad. But anyway, I really enjoy a lot during this one week holiday. My friend from Indonesia came and stay at my house. They are my ex-colleague when I worked at Outback Steak House, last semester break. Haha, I was so happy when they said they want to come to my house. They never had been to Malacca before; beside they always wish to come here in order to visit all the historical places. Wau… so proud of being a ‘orang melaka’. Beside, I also got quite a lot of ‘ang pau’ especially when I went to visit my friend house. Haha, going to be rich already!!

Tuesday, January 20, 2009

Dragon dance, Chinese New Year

Happy Chinese New Year

Halo… pertama sekali, saya ingin ucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan saya... sudah beli pakaian baru ke belum? Haha, mestilah dah beli awal-awal lagi!!!
Bagi saya, tentulah dah siap beli pakaian dan kasut juga. Datang saja UPSI, kawan banyak yang tanya, “hai fam, dah beli baju baru ke belum? Beli tak comsam?”. Saya rasa lucu la... Sebab ramai dalam kalangan mereka yang tanya saya soalan yang sama. Haha, ‘comelnya’ kawan-kawan saya ni! Sebenarnya, saya tak pernah pakai comsam pun. Janganlah terperanjat, walaupun comsam merupakan pakaian tradisional Cina, tapi zaman sekarang jarang dipakai. Maklumlah semua dan gemuk-gemuk (termasuk saya sebab selalu makan ‛fast food’, hahahaha... gurau saja, jangan ada orang tersinggung pula.)
Tahun Baru ini, saya ada banyak perkara yang perlu buat. Pertama sekali, nak ajak semua kawan-kawan datang ke rumah saya. Selain tu, saya akan form satu team member dan ‘serbu’ rumah-rumah kawan saya. Matlamat: untuk dapatkan sebanyak Ang Pau yang mungkin!!! Haha..., tunggulah ketibaan saya. Yeah!!!
Akhirnya, harapan saya untuk tahun baru ini ialah saya dapat mencapai semua impian saya dan ‘Ong’ sepanjang tahun!