Tuesday, February 3, 2009

Pengurusan diri

I telah pinjam sebuah buku yang cukup bagus dekat perpustakaan UPSI. Buku tu berkiatan dengan pengurusan diri dan tajuknya adalah Pengurusan Diri Untuk Kejayaan. Tebal juga buku ni! Tapi bila baca, tertarik pula kerana ia mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dalam kehidupan. Buku ini amat sesuai untuk mereka yang menceburi diri dalam bidang khidmat profesional.

Bayangkan anda seorang pemberi khidmat profesional. Anda telah memberikan layanan yang bagus kepada pelanggan anda tetapi syarikat anda tidak menunjukkan tanda-tanda penghargaan dan anda mulai menjadi bosan, tidak bersemangat serta berasa bahawa masa depan anda menjadi kabur. Apa yang anda patut lakukan??? Denis Waitley, dalam Seed of Greatness menulis, “mengambil tanggungjawab bagi diri sendiri…”
1. Mulakan dengan membuat komitmen.

2. Jelaskan komitmen anda dengan bersumpah untuk menggunakan sebanyak mungkin masa dan wang untuk memajukan diri anda.

3. Setiap tahun asingkan sejumlah wang yang mampu untuk melatih diri anda dan kemudian melihat diri anda mendapat balik perbelanjaan latihan tersebut dalam bentuk pendapatan yang bertambah (ini dikatakan sebagai pelaburan dalam diri anda).

Selain itu, untuk menjadi manusia yang berjaya adalah mudah saja iaitu jujur dengan diri anda. Jika anda tidak membuat yang terbaik, akuilah supaya anda boleh membuat perubahan kepada pencapaian anda. Berhati-hati untuk mengelak daripada membandingkan diri anda dengan orang lain. Ia merupakan satu sebab yang menjadikan keyakinan diri semakin lemah dalam diri seseorang. Sebaliknya, bandingkan diri anda dengan apa yang anda ingin jadi dengan potensi yang anda ada.
^u^ ^v^

No comments:

Post a Comment