Saturday, February 14, 2009

Kem Kepimpinan- Kecermelangan Pemangkin Insan Terbilang, SMK Gedangsa



Leganya selepas berjaya menganjurkan program kepimpinan selama tiga hari di Sekolah Menengah Gedangsa. Sungguh berjayanya program kami ini!! Memang dapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan semasa menjalankan aktiviti kami di sana. Banyak perkara yang telah saya pelajari.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang sama-sama menjayakan program ini. Tanpa sikap berkerjasama dan tolong-menolong, mustahil kami dapat lakukan semua ini!!
Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada guru-guru sekolah tersebut yang sudi datang untuk menolang kami dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada En Aziz yang mengajar kami bagaimana untuk menghasilkan blog dan Mp3. Thank you all!

No comments:

Post a Comment